Pada jam 3.20 petang, saya mendapat panggilan dari abah yang maksu telah meninggal dunia. Dia meninggal pada jam 3.00 petang. Saya terus balik ke rumah setelah mendapat panggilan. Sesudah Asar, saya bertolak bersama mama, abah, tok dan ezati. Kami tiba di Sungai Dua pada jam 9.00 mlm. Zatul tak dapat join sebab ada kursus di Melaka.
Saya dan Zatul sempat menziarahi maksu pada ahad lepas. Ketika itu keadaannya agak teruk, langsung tidak mahu makan. Sebentar tadi baru saya tahu yang maksu kena penyakit kanser tulang.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Insya-allah. Saya minta agar kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.