Monday, April 27, 2009

Zakat!

Biasanya setiap pagi saya akan bersarapan dengan geng otai, adalah dalam 7-8 orang. Mamak pun dah tau yang akan saya order. Bila duduk je, mesti teh tarik dah sampai. Biasanya kami akan bincang macam-macam topik; politik, ekonomi dan lain-lain. Hari nie kami banyak bercakap pasal zakat.

Semasa kami sembang, barulah saya tahu kenapa mereka gembira dengan hidup mereka. Nak kata gaji tinggi tak lah jugak. Bila time bayar masing-masing tak berkira, mereka akan berlumba sapa yang keluar duit dulu. Selain tu, mereka membayar zakat pendapatan. Ada sorang otai nie, bukan setakat dia sahaja, tetapi dia akan pastikan simpanan emaknya juga ditolak kepada zakat. Mereka kata soal sama ada pihak pengurusan zakat telus atau tidak, lantak dorang lah. Pandai-pandai lah jawab kat akhirat nanti.

Barulah saya sedar yang potongan zakat dari gaji saya sejak 7 dulu tidak berubah. Lalai rupanya saya nie. Ya Allah....

Ada sorang otai tu kata, sekarang nie boleh terus bayar melalui internet, tak perlu bersusah payah kena isi borang.

Saturday, April 25, 2009

Piala FA

{Terkini: Setelah menonton perlawanan yang agak bosan, standard Malaysia lah!, Selangor menjadi juara piala FA. Tahniah kepada tanah tumpah darahku!]


Malam nie ada perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Kelantan. Aku dah lama tak mengikuti bolasepak tempatan. Tapi pasal member dah cerita dan Selangor pula adalah tanah tumpah darahku, jadi kena lah ambik tau walaupun tak kenal hampir kesemua pemainnya... hahaha.

Kelantan jadi terkenal sebab Halim Napi yang panas baran tu.... Yang pi gaduh dengan budak hingusan buat apa... Apa ntah nama dia!

Harapan ku malam nie agar biarlah ramai sikit ahli bomba, fru kurang tak pe... mana lah tau ada kereta terbakar lagi ke!

Setiap hari adalah bonus!

Minggu lepas aku dan isteri melawat seorang nenek yang baru kena major stroke. Nenek nie dibawa pulang ke rumah setelah dua bulan berada dihospital. Umurnya lebih kurang 78 tahun. Bila sampai dirumah, saluran tiub makanan dimulut tercabut.

Anak-anaknya pergi ke klinik yang berdekatan untuk meminta pertolongan doktor. Sayangnya, tiada perkhidmatan "Home doctor". Setelah gagal mencari doktor, mereka meminta pertolongan isteriku. Alhamdulilah tiada apa yang berlaku.

Mengikut isteriku, "home doctor" sudah jarang ada kecuali mereka adalah doktor peribadi anda.

Zaman sudah berubah....

Sunday, April 19, 2009

RM1!

Tengah hari tadi, aku pergi ke Melaka. Di Air Keroh, harga untuk cuci kereta adalah RM1. Aku terkejut sebab di KL, ianya RM8-13.

Thursday, April 16, 2009

Esok hari jumaat...

Malam nie malam Jumaat....
Esok Jumaat, lega rasanya......

Wednesday, April 15, 2009

Pulang lewat....

hari nie aku pulang lewat sikit dari ofis dan bila dah sampai rumah, anakku Abdul Rahman dah tido. Biasanya aku dapat bergurau senda dengan anakku dalam dua jam.....

Sorry, Abdul Rahman.....

Monday, April 13, 2009

Tengok apa tu?

Abdul Rahman sedang menonton Astro Oasis, dimana Akil Hay dan Ustaz Asri (Rabbani) sedang mengalunkan zikir munajat ke hadrat ilahi.

Pelekat kereta

Dua hari lepas, aku ternampak satu pelekat kereta yang bertulis:

Saya setia kepada negara, bukan pada kerajaan.

Wednesday, April 1, 2009