Monday, April 27, 2009

Zakat!

Biasanya setiap pagi saya akan bersarapan dengan geng otai, adalah dalam 7-8 orang. Mamak pun dah tau yang akan saya order. Bila duduk je, mesti teh tarik dah sampai. Biasanya kami akan bincang macam-macam topik; politik, ekonomi dan lain-lain. Hari nie kami banyak bercakap pasal zakat.

Semasa kami sembang, barulah saya tahu kenapa mereka gembira dengan hidup mereka. Nak kata gaji tinggi tak lah jugak. Bila time bayar masing-masing tak berkira, mereka akan berlumba sapa yang keluar duit dulu. Selain tu, mereka membayar zakat pendapatan. Ada sorang otai nie, bukan setakat dia sahaja, tetapi dia akan pastikan simpanan emaknya juga ditolak kepada zakat. Mereka kata soal sama ada pihak pengurusan zakat telus atau tidak, lantak dorang lah. Pandai-pandai lah jawab kat akhirat nanti.

Barulah saya sedar yang potongan zakat dari gaji saya sejak 7 dulu tidak berubah. Lalai rupanya saya nie. Ya Allah....

Ada sorang otai tu kata, sekarang nie boleh terus bayar melalui internet, tak perlu bersusah payah kena isi borang.

No comments: