Monday, November 30, 2009

Abdul Rahman.




Friday, May 1, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 5!



Hari nie genap 5 tahun perkahwinan saya dan isteri. Semoga perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat, insya-Allah..... Dengan kehadiran Abdul Rahman, alhamdulilah ia telah menambah seri dalam hidup kami berdua.....

Monday, April 27, 2009

Zakat!

Biasanya setiap pagi saya akan bersarapan dengan geng otai, adalah dalam 7-8 orang. Mamak pun dah tau yang akan saya order. Bila duduk je, mesti teh tarik dah sampai. Biasanya kami akan bincang macam-macam topik; politik, ekonomi dan lain-lain. Hari nie kami banyak bercakap pasal zakat.

Semasa kami sembang, barulah saya tahu kenapa mereka gembira dengan hidup mereka. Nak kata gaji tinggi tak lah jugak. Bila time bayar masing-masing tak berkira, mereka akan berlumba sapa yang keluar duit dulu. Selain tu, mereka membayar zakat pendapatan. Ada sorang otai nie, bukan setakat dia sahaja, tetapi dia akan pastikan simpanan emaknya juga ditolak kepada zakat. Mereka kata soal sama ada pihak pengurusan zakat telus atau tidak, lantak dorang lah. Pandai-pandai lah jawab kat akhirat nanti.

Barulah saya sedar yang potongan zakat dari gaji saya sejak 7 dulu tidak berubah. Lalai rupanya saya nie. Ya Allah....

Ada sorang otai tu kata, sekarang nie boleh terus bayar melalui internet, tak perlu bersusah payah kena isi borang.

Saturday, April 25, 2009

Piala FA

{Terkini: Setelah menonton perlawanan yang agak bosan, standard Malaysia lah!, Selangor menjadi juara piala FA. Tahniah kepada tanah tumpah darahku!]


Malam nie ada perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Kelantan. Aku dah lama tak mengikuti bolasepak tempatan. Tapi pasal member dah cerita dan Selangor pula adalah tanah tumpah darahku, jadi kena lah ambik tau walaupun tak kenal hampir kesemua pemainnya... hahaha.

Kelantan jadi terkenal sebab Halim Napi yang panas baran tu.... Yang pi gaduh dengan budak hingusan buat apa... Apa ntah nama dia!

Harapan ku malam nie agar biarlah ramai sikit ahli bomba, fru kurang tak pe... mana lah tau ada kereta terbakar lagi ke!

Setiap hari adalah bonus!

Minggu lepas aku dan isteri melawat seorang nenek yang baru kena major stroke. Nenek nie dibawa pulang ke rumah setelah dua bulan berada dihospital. Umurnya lebih kurang 78 tahun. Bila sampai dirumah, saluran tiub makanan dimulut tercabut.

Anak-anaknya pergi ke klinik yang berdekatan untuk meminta pertolongan doktor. Sayangnya, tiada perkhidmatan "Home doctor". Setelah gagal mencari doktor, mereka meminta pertolongan isteriku. Alhamdulilah tiada apa yang berlaku.

Mengikut isteriku, "home doctor" sudah jarang ada kecuali mereka adalah doktor peribadi anda.

Zaman sudah berubah....

Sunday, April 19, 2009

RM1!

Tengah hari tadi, aku pergi ke Melaka. Di Air Keroh, harga untuk cuci kereta adalah RM1. Aku terkejut sebab di KL, ianya RM8-13.

Thursday, April 16, 2009

Esok hari jumaat...

Malam nie malam Jumaat....
Esok Jumaat, lega rasanya......

Wednesday, April 15, 2009

Pulang lewat....

hari nie aku pulang lewat sikit dari ofis dan bila dah sampai rumah, anakku Abdul Rahman dah tido. Biasanya aku dapat bergurau senda dengan anakku dalam dua jam.....

Sorry, Abdul Rahman.....

Monday, April 13, 2009

Tengok apa tu?

Abdul Rahman sedang menonton Astro Oasis, dimana Akil Hay dan Ustaz Asri (Rabbani) sedang mengalunkan zikir munajat ke hadrat ilahi.

Pelekat kereta

Dua hari lepas, aku ternampak satu pelekat kereta yang bertulis:

Saya setia kepada negara, bukan pada kerajaan.

Wednesday, April 1, 2009

Tuesday, March 31, 2009


Setiap kali balik rumah lepas kerja, semestinya orang yang pertama dicari oleh isteri dan aku adalah anak kami Abdul Rahman. Melihat wajahnya, hilang segala tension atau masalah! 2 hari lagi, genaplah Abdul Rahman 9 Bulan....

Friday, January 23, 2009

Bila langit mula mendung ......

Hujan yang turun bagaikan Mutiara , Sudirman haji Arshad , wasalam


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau

Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...


Tuesday, January 20, 2009

Malaysia Boleh!










































































































Saturday, December 20, 2008

Wednesday, December 3, 2008

Jangan Terburu-buru

Sebenarnya segala perubahan akan berlaku dengan keizinan Allah.
Kita lupa yang Allah itu maha berkuasa.
Kita lupa yang Allah itu maha adil dan saksama.
Kita lupa yang Allah itu maha berkuasa.

Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya

Berikut adalah petikan dari kisah Umar bin Abdul Aziz, khalifah Islam kelima,


Versi Bahasa Melayu ini dipetik dari Kitab Al-Muwafaqat: 2/148.

Diceritakan anak kepada Umar bin Abdul Aziz yang bernama Abdul Malik, bertanya kepada ayahnya tentang lambatnya perlaksanaan Islam yang dilaksanakan oleh beliau. Mendengar ucapan anaknya itu, beliau berkata;


Maksudnya;“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela Arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara keseluruhannay, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah


”WalLahu 'Alam

Monday, November 17, 2008

Bahagianya menjadi Datuk dan Nenek

Cucu-cucu Tok abah dan Tok mama
Cucu-cucu Tok wan dan Mak tok












Saturday, October 4, 2008

Kelahiran Kaleelabinti Ezwan pada 30hb Ramadhan


Tahun ini mama abah beraya di hospital pusrawi kl. Lagipun tiada siapa dirumah, Saya balik penang, edya beraya di kelantan dan ezati pula di sheffield, uk. Tahun ini juga mama abah mendapat 2 orang cucu. Syukur Alhamdulilah kepada Allah!

Buat Ezwan dan Yati, semoga anda akan menjadi ibubapa mithali....

Raya bersama Keluarga di Permatang Pauh









Alhamdulilahorang semua balik pada tahun ini.....

Raya bersama Keluarga di P.Jaya





Zaki tiada gambar ini kerana dia belum pulang ke Malaysia ketika gambar ini diambil. Gambar ini diambil sebelum Ezati pulang ke Sheffield iaitu kira-kira seminggu sebelum raya.