Saturday, May 3, 2008

Baby's day out (1994)

Petang tadi saya menonton filem baby's day out. Filem ini di keluarkan pada tahun 1994. saya menonton filem pertama kali pada tahun 1997 ketika saya di california. Menararik sungguh filem ini. Pelakon utama filem ini ialah Joe Mantegna dan Laura FlintBoyle.

Filem ini mengisahkan 3 orang cuba untuk menculik seorang bayi tapi sering gagal kerana diperbodohkan oleh bayi ini. Setiap malam bayi ini sebelum tidor, pengasuhnya akan membaca buku cerita bertajuk "Baby's Day Out". Apabila bayi ini di bawa keluar dari rumahnya oleh 3 penculik, dia sering terlepas dari dakapan penculik. Yang menariknya, dia pergi ke tempat yang ada dalam buku cerita "baby's Day Out". Tempat itu seperti zoo, Taman, tempat pembinaan dan rumah orang tua. Akhirnya dia berjaya ditemui oleh ibubapanya di rumah orang tua.

Apa yang yang menarik tentang cerita ini ialah 3 orang penculik ini diperbodohkan oleh seorang bayi!!!!!!

No comments: