Saturday, May 10, 2008

Hari Ibu

Sebenarnya Saya tidak berapa gemar menyambut hari ibu kerana bagi saya tiap-tiap hari adalah hari ibu. Tetapi bila adik perempuan dan isteri bertanya apa nak buat pada hari ibu, kami pun buatlah plan. Macam hari ini, walaupun hari ibu esok, kami bercadang nak pergi makan di Kedai Amy Search, "Cheng Ho", bila kami sampai disana pukul 12.30 th hari, kami kena tunggu sebab penuh. Bila ada tempat kosong, pekerja disitu mengingatkan kami yang makanan akan lambat dihantar. Jadi kami batalkan je rancangan untuk makan disitu.

Kami pergi makan di restorang Salim di keramat. Jenis makanan distu ialah makanan minang. Mama jugaklah yang menjadi penyelamat keadaan kerana masing-masing tengah panas hati sebab lama menunggu di restoran Cheng ho. Kami makan dalam suasana riang dan gembira. Baru lah saya sedar hari Ibu ini besar ertinya. Memang kita boleh tunjuk kasih sayang kita setiap hari tapi menurut mama, hari ibu ini adalah untuk keluarga buat plan, kalau tidak kita susah nak buat plan. Betul jugak kata mama..... sebab tulah dia jadi mama kami sebab walaupun belajar tinggi-tinggi tapi pemikiran tak sama macam mama.

Petang tadi adik laki sms, esok apa plan! saya tak jawab lagi sebab nak kena bincang dengan adik perempuan dan isteri.

Mama sentiasa tenang tak macam saya yang cepat gelabah...haha
mama boleh jaga 4 orang anak tapi kami 4 org anak belum tentu boleh jaga seorang mama.
mama boleh masak mcm-mcm lauk tapi saya boleh masak air panas je! hahaha
mama boleh belajar lagi walaupun dah masuk 50an tapi saya yang baru 32tahun, malas nak belajar....

Pendek citer, saya memang tak boleh lawan dengan mama.

No comments: