Kelab yang paling terkenal di dunia adalah Manchester United(MU). Saya mula minat dengan MU masa umur saya 7-8 tahun, semasa menonton perlawanan akhir FA Cup MU lawan Everton. Masa tu MU menang 1-0 hasil jaringan Norman Whiteside. Lepas MU tenggelam dan saya tak berapa ikut sangat dengan perkembangan bola, tak tau lah sebab apa.... Mungkin masa tu saya terlampau fanatik dengan team bola Selangor!
Lepas 2-3 tahun, saya mula mengikuti perkembangan MU sebab saya minat dengan Ryan Giggs. Tengoklah sampai sekarang dia masih bermain lagi...Selain MU tak de team lain yang saya minat. Kalau tengok game pun, sebab nak tau perkembangan.
Alex Ferguson nie tak tahu nak bersara. walaupun umur dah masuk 66tahun, semangat dia macam orang muda. Dia suka dengan apa yang dia buat...dalam English kita cakap Passion.... Dia pandai pilih pemain dan sistem yang digunakan. Ada jugak sistem tak menjadi.... biasalah tu. Dia seorang yang tegas dan tidak akan berkompromi pasal disiplin. Sebelum Beckham pindah ke Real Madrid, beberapa kali didenda oleh Ferguson. Dia tak kisah sama ada awak star atau tidak.
Yang membuatkan MU nie istimewa kerana pemainnya yang datang dari akademi remaja. Antaranya Gary Neville, Scholes, Giggs, dan Wes Brown. Setengahnya dari mereka telah berhijrah ke tempat lain kerana tak cukup tempat......
Kalau nak citer pasal MU nie, byk lagi boleh cerita. Mungkin di lain masa.
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nice blog, Edi. But u should put more pictures, xdelah boring sgt baca nnt. Hehe.
Post a Comment