Semalam semua abang dan kakak ezati balik rumah nak menyambut kepulangannya. Waktu petang ezati tunjuk gamabr dia semasa dia disana. Dia tunjuklah ketika dia melancong ke scotland, manchester dan sekita bandar sheffield. Dia tunjuk lah sapa kawan rapat dia dan housemate dia. Dia baik denga ramai international student, antaranya dari nigeria, sudan dan uk. Bila saya tengok gambar dia, saya teringat semasa saya belajar di fresno, california. Rasa macam nak jadi student balik.
Nampak macam ezati memang seronok kat sheffield. Sebelum nie kami sekeluarga risau dengan dia, takut dia tak bloleh menyesuaikan diri. Bayangkan sebelum pergi ke sheffield, dia nak duduk kat hostel dan tak mahu duduk serumah dengan pelajar malaysia. Abah dan mama bukan main risau lagi nak lepaskan dia. Disebabkan kerisauan yang amat sangat, mereka suruh saya, ezwan dan isteri saya pergi ke sana untuk menghantar ezati. alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Sememangnya ezati memang boleh berdikari, cuma kami sekeluarga je yang terlebih protective.
Disebabkan ezati nie adik bongsu dan dia tak pernah belajar masak. Dia boleh masak sebab disana mereka masak asing-asing. Laut semuanya sendiri-sendiri. Ini berbeza ketika saya di Fresno kerana kami akan masak untuk semua dan shopping untuk semua orang. Lain tempat, lain caranya... tak boleh nak bandingkan. Asalkan ezati ok, bagi kami semuanya tak pe.
Yang saya perasan semenjak dia di sheffield, dia condong ke arah agama. Maklumlah kedua-dua house- mate dia joing geng usrah. Dia juga bertudung bila berada di sana. Malahan, bila kami berbicara, dia akan tanya pasal satu buku ini kepada saya dan yang malunya saya tidak tahu pun apa-apa mengenainya. Bagus lah sebab kita kena berubah untuk yang lebih baik. Biasanya lelaki pada usia 18-22 tahun, mereka ingat untuk enjoy je. Berbeza dengan saya, saya agak lewat untuk melibatkan diri dalam kegiatan agama semasa berada di Fresno. Itu pun kalau saya tak rapat dengan Shah Minai!
Pandangan politiknya juga sealiran dengan saya. Saya graduate pada tahun 1999 dan ketika itu heboh dengan reformasi. Ketika ini sentimen orang marah dengan bn dan paklah begitu ketara. Sebenarnya kita terpengaruh dengan keadaan semasa. Sesiapa yang graduate pada 2002-2005, majoritinya akan condong ke umno dan bn kerana faktor imej paklah, chedet dah pencen dan menantu yang berlagak pm. Lagipun masa tu anwar kat penjara dan tengah sakit.
Walaupun banyak pandangannya berubah tapi perangainya tetap sama. Mulut becok, bila berjalan tak nampak orang sampai di airport kami kena panggil dia, barulah dia nampak! Kuat complain. Ezati tetap ezati! Kepulangannya memang meyerikan rumah kerana dialah penghibur kami! abah begitu terasa bila dia tiada di rumah.
Dia akan pulang pada hujung September atau awal oktober, kali ini dia akan berpindah rumah dan tinggal dengan student phd.
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment