Memang dah lama saya tak keluar minum dengan Admen. Semasa saya di Fresno, California Admen adalah housemate saya selama setahun. Kami belajar di PPP ITM, shah alam sebelum kami fly ke Fresno. Ketika itu kami tak kenal antara satu sama lain sebab dia senior saya. Jadi senior mana nak join junior sangat. Tapi bila Di Fresno, kami rapat.
Saya masih ingat lagi ketika saya baru sampai di Fresno pada tahun 97, Admen dan rakan lain tengah sibuk dengan kelas. Masa tu tengah winter semester. Winter adalah satu semester pendek; 3 minggu sahaja. Setiap hari 3 jam kelas tersebut dan kami dibenarkan untuk mengambil satu subjek sahaja.
Lama jugak kami lepak semalam di restoran Farismaju. Dia sudah ada dua orang anak. kami lepak lebih dua jam. Macam-macam yang kami sembang. Antaranya sudah tentu pasal paklah dan menantunya.
Antara member-member di Fresno, saya sentiasa menganggap yang admen akan kahwin lambat sebab dia nie agak cerewet. Itulah yang saya rasa. Dia nie memang pakar masak. Kalah orang perempuan! Dia juga suka menghias rumah. Hobi dia suka main gitar, sehingga sanggup guna duit biasiswa untuk beli gitar. Lagi satu dia nie suka sembang walapun sembang tu satu hala je. Sayalah yang menjadi pendengar yang setia. Bila melihat perangainya ketika itu, saya kata dengan diri sendiri "sapalah yang tahan dengan admen nie" :)
Kelebihan yang satu lagi ialah dia boleh bergurau cara American. Maksud saya, bila kita buat lawak atau bergurau ianya sudah tentu lebih berkisar kepada budaya orang malaysia. Tetapi Admen lain, dia boleh bergurau dengan mat salleh secara semulajadi!
Admen juga begitu komited dalam satu-satu hal; contohnya website MSO Fresno. Dia sanggup tak tido 2-3 malam semata-mata kerana nak siapkan website MSO. Kalau dia tak buat, jangan harap orang lain nak buat. Bila di Fresno, kadang-kala kami akan memanggil admen dengan Amir UKs sebab muka dia sebijik macam penyanyi amir UKs. Dia marah jugak tapi kami tak kisah.....haahah
Lepas setahun, saya pindah ke rumah lain, tapi seperti shah minai juga, dia sering lepak di rumah saya. Mungkin disebabkan kami ada bond yang kuat walaupun kami sering tak sependapat. Kami juga tidak sependapat tentang politik.
Semalam kami tidak sembang pasal pendapat kami kerana mungkin itu yang lebih elok. Lagipun dia tahu saya ABU (asalkan bukan umno). Kami berbual benda yang kami setuju iaitu; paklah dan kerajaannya. Kami juga setuju yang minyak naik bukan disebabkan petronas tetapi kerajaan bn. Petronas hanyalah dijadikan kambing hitam je. Apa yang saya dengar cerita ialah CEO Petronas, Hassan Merican adalah seorang ketua yang tegas dan tidak mudah tunduk kepada tekanan. Admen juga ada bercerita pasal Hassan Merican dan petronas. Admen terlibat dalam advertising dan kerja dia adalah untuk mencari penaja bagi company dia. So banyaklah cerita korporat atau politik yang dia bagitau.
Antara saya dan admen, saya yang terlebih dahulu mendirikan rumahtangga tetapi dia sudah ada 2 anak. Itulah yang dinamakan rezeki! Seperti biasa, semalam admen juga lah yang control the conversation.
Saturday, June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment