

Semalam tadi berkesempatan menonton teater P Ramlee the Musical di Istana budaya. Saya pergi dengan isteri serta mertua dan adik ipar. Inilah kali pertama saya menonton teater. Agaknya sebelum ini hati saya belum terbuka untuk menonton teater. Kami sampai disana sebelum pukul 7.00 dan pergi makan disebelah istana buadaya. Ditempat makan itu ada live band tetapi yang tak seronoknya mereka menyanyi dikala waktu maghib menghampiri. Walaupun hanya untuk test tetapi ini kurang wajar.
Kami menunggu pakcik Mail kerana dialah yang tolong membeli tiket untuk kami. Pakcik Mail adalah kawan lama abah. Show start pukul 8.40mlm. Pelakon utama adalah:-
Musli Mohd Amir Ramly - atau nama komersial dia Musli Ramlee sebagai P Ramlee
Emilia Rosnaida sebagai Azizah
Atilia sebagai Junaidah
Melissa Saila sebagai norizan
Liza Hanim sebagai Saloma
Diawalnya, saya agak lambat nak menikmati show, maklumlah ini kali pertama... rasa janggal sikit. Dalam banyak bahagian yang saya rasa seronok ialah pada zaman Saloma. Mereka memang serasi dan memang ada magic dalam perhubungan mereka. Junaidah dan Norizan tidak dapat meyesuaikan diri mereka sebagai isteri P Ramlee kerana ketika itu nama P Ramlee sedang menuju puncak. Saya juga suka part dengan Azizah sebab ianya adalah nama mama.
Suara Musli juga begitu mengasyikkan dan sebijik macam P Ramlee.
Melalu teater ini barulah saya tentang perjalanan P Ramlee dan mengapa beliau begitu diminati dari dulu sampai sekarang. Beliau ada magic dan itu tak de pada sapa-sapa pun termasuk Siti Nurhaliza ataupun mawi. Jika beliau masih hidup, tentu beliau akan jadi seorang jutawan. Biasa lah adat manusia bila seseorang dah tiada, barulah disanjung. P Ramlee juga mengalami zaman kejatuhan pada tahun 60an, iaitu zaman pop yeh-yeh. Biasalah tu.
Saloma memanggil P ramlee dengan nama Remy dan P Ramlee memanggil nama Saloma dengan Sally. Beliau juga menaikkan nama filem melayu dia Asia dengan memenangi beberapa anugerah.
Kepada sesiapa yang ada kesempatan, jangan lepaskan peluang ini kerana ia satu teater yang menarik. Jangan lepaskan peluang ini......


3 comments:
Wah best la edi dpt pi tgk teater P ramlee. Aku kat kedah nie tak berpeluang la. Teringat masa kat fresno dulu, kalau sapa baca tape p ramlee, semua pakat kumpul pi tgk. gelak tak ingat dunia..Mat salleh mesti ingat kita ni gila per...masa lawan bola kat sacto, singgah umah member tgk gak citer p ramlee..gelak riuh sampai tgh mlm..
Abg Edi-Beddy,
Shyra dah start post blog on lifejournal jadi tolong sign agreement untuk jadi pembaca blog orang, ok? Tolong add weblog dalam directory abg sekali. Shyra will add blogger Abg Edi dalam Shyra nye. bubbye...
shah,
p ramlee tak de tandingannya....kau mesti seronok punya
Post a Comment